Raja Keli

dari Sarawak untuk semua bukan sekadar keli…

Gambar2 Semasa Kursus & Rawatan Bekam

August 9th, 2009

Gambar - gambar semasa tamat kursus lintah di Lundu anjuran PEJABAT DAERAH LUNDU dgn kerjasama Agrotek Fendirajakeli, Agrotek Bk Enterprise(KL-BANGI) dan menampilkan Golden Phoenix I Leech(TAPAH ROAD)

Juga gambar pusat bekam, lawatan YB Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Yong masa pamiran dan gambar orang berbekam di Masjid Al Hana Kpg Lingga.

gambar tamat kursus

gambar tamat kursus

pusat terapi

pusat terapi

lawatan

lawatan

rawatan bekam

rawatan bekam

 

Pusat Terapi Bekam

June 3rd, 2009

PUSAT TERAPI BEKAM LINTAH

&

TERAPI GUASA

LOT 204, SEKSYEN 3

KTLD SL 1,

JALAN HAJI MATAIM

93400 KUCHING, SARAWAK.

BUKA: ISNIN - AHAD (8 PAGI – 11 MALAM)

TUTUP: ISNIN – AHAD (12 TENGAHARI – 4 PETANG)

FENDI – 016 809 6675

SHESHE – 017 512 4628

SURIYA – 013 573 0267

LAWATI: www.rajakeli.com & lintahbk.webs.com

 

Pusat Pameran ICage Sarawak

April 9th, 2009

Pusat pamiran Produk keluaran Rotocraft - iCageTM

telah dibuka untuk kunjungan pihak tuan sekiranya berminat datanglah di alamat:

254, Jalan Tupong Ulu,

Off Jalan Merdeka Jalan Astana,

Petra Jaya, 93050 Kuching

Sarawak, MALAYSIA.

Affendi Bin Mat - Fendi (0168096675)

SINAR SARA SDN BHD Agen Pemasaran iCageTM Sarawak.

 

ICage taja karnival Joran

March 30th, 2009

KUALA LUMPUR: Karnival Memancing Bank Rakyat - Joran 2009 di Pantai Pusat Perdagangan Pontian, Johor dijadualkan pada 11 dan 12 April ini mendapat sokongan 12 syarikat dan individu yang menyerahkan pelbagai tajaan bagi memeriahkan karnival dua hari itu.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, tampil menaja sebuah motosikal Modenas Kriss dan lima basikal menjadikan setakat ini dua motosikal menjadi rebutan peserta untuk segmen cabutan bertuah.

Penaja lain ialah Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Nestle Maggi, Global Airis Resources, Syarikat Zulkifli Bamadhaj (Petani), Super Best Power, I-Cage, Etiqa, I’naz Design & Collection serta Raudhah Herbs.

Penajaan diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun. Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mustapa Omar; Penolong Pengurus Besar Cawangan Operasi Bank Rakyat, Ahmad Kidzbullah Ridzuan; Ketua Hal Ehwal Awam Bank Rakyat, Adib Daud; Pengurus Pemasaran dan Aktiviti Bank Rakyat, Zulfakrozi Mohammad; dan Pengarang Joran/Projek Khas, Kamal Ahmad.

Adabi menaja rempah ratus dan serbuk kunyit untuk setiap peserta, manakala hamper untuk pemenang; yang disampaikan Eksekutif Promosi dan Perhubungan Awamnya, Norol Liza Zainal Abidin.

Nestle menaja serbuk perasa Maggi Cukup Rasa kepada peserta, hamper pemenang dan sampel minuman Nescafe pada hari pertandingan untuk pengunjung. Tajaan diserahkan Eksekutif Acaranya, Hamidah Othman.

Syarikat Zukifli Bamadhaj menaja minuman berkhasiat jenama Petani untuk diagihkan kepada peserta dan hamper kepada pemenang yang diwakili Pengarah Urusannya, Zulkifli Khalid.

Global Airis Resources diwakili Pengarah Urusannya, Mohd Zuwairi Md Safar; menaja hamper minuman berkarbonat kurang gula untuk pemenang dan minuman kepada petugas.

Raudhah Herbs pula menaja hamper untuk pemenang yang disampaikan Pengurus Besarnya, Zaidi Abdul Mutalib.

Syarikat Superbest Power (M) Sdn Bhd yang julung kali menjadi keluarga penaja pertandingan memancing anjuran Unit Joran pula menaja serbuk kopi pracampuran dan hamper untuk pemenang yang disampaikan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasarannya, Zainal Abidin Arman.

I-Cage yang menaja tiga takungan ternakan ikan yang diserahkan Pengarah Urusannya, Yusra Sabar. Penaja lain yang tidak hadir ialah Mawar Kite, Joran Bagus dan Desaru Resort.

Dianggarkan kira-kira 1,500 pemancing mengambil bahagian pada pertandingan yang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 yang disediakan Bank Rakyat.

Yuran menyertai pertandingan ini kekal RM40 satu joran untuk pelanggan dan anggota Bank Rakyat berbanding RM80 bagi bukan pelanggan atau anggota. Hanya Kategori Ikan Terberat dipertandingkan dan 1,500 helai kemeja-T percuma disediakan.

Justeru, pemancing yang belum menjadi pelanggan boleh membuka akaun di cawangan Bank Rakyat berdekatan atau datang ke kaunter bank di lokasi pertandingan. Borang penyertaan mesti keratan asal akhbar Berita Harian bagi melayakkan seseorang menyertai cabutan bertuah.

Keterangan lanjut, hubungi Unit Joran 03-22822323 sambungan 4241/4242 atau 019-3419991.

 

MENTERNAK KELI KOMERSIAL

March 20th, 2009

Proses penternakan menggunakan tangki iCageTM juga tidak memerlukan pekerja yang banyak, selain kos penyelenggaraan yang sederhana. Seorang penternak keli tidak memerlukan banyak masa untk mengurus.
POPULARITI ternakan keli di Malaysia bermula sekitar 1980an dan ternakan komersil mula dilaksanakan pada awal 1995 apabila cita rasa pengguna beralih kepada pemakanan kesihatan.
Namun, ramai yang tidak tahu adakah keli yang berada di pasaran betul-betul bersih. Maksudnya adakah teknik penternakan keli tersebut bersih.
Adakah keli yang dijual kepada pelanggan diternak di kolam bersebelahan dengan reban ayam dan tahi ayam tersebut menjadi makanan keli.
Namun, kita sebagai pengguna sudah semestinya tidak tahu adakah keli tersebut diternak menggunakan kaedah yang sepatutnya dalam persekitaran yang bersih.
Pengeluaran keli meningkat dari setahun ke setahun disebabkan permintaan yang tinggi untuk industry hiliran seperti kilang pengetinan dan keropok.
Di Sarawak, pengeluaran keli untuk dipasarkan di sekitar bandar di Sarawak dianggarkan 540 tan setahun.
Oleh itu, kaedah dan teknik paling efektif serta bersih perlu dalam proses penternakan ikan keli.
Kelebihan ikan keli.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa ikan keli mempunyai lebih banyak omega 3 berbanding ikan salmon dan mackerel yang baik untuk jantung dan baik untuk mengelak penyakit hipetatis B.
Kajian dari Technology Park Malaysia turut mengesahkan bahawa ikan keli mengandungi omega 3 yang tinggi.
Perbezaan kandungan omega 3 dapat dilihat dari maklumat yang diberi dibawah:
A  Ikan keli – 0.51g/100g
B  Salmon – 0.20g/100g
C  Marckeral – 0.10g/100g

IKAN KELI HYBRID - Ikan keli yang paling sesuai diternak dan untuk dipasarkan ialah spesies kacukan keli bunga dan keli Afrika.
Keli ini merupakan spesies karnivaros, maksudnya ia boleh makan apa-apa sahaja.
Mempunyai daya tahan badan yang tinggi serta mampu mengadaptasi pelbagai keadaan cuaca.
Ia juga mempunyai dua system pernafasan yang membolehkannya hidup tanpa air dalam jangka masa yang agak lama.
Selain daripada itu, kelebihan keli kacukan ini ialah ia dapat membesar dengan cepat serta mudah dibiak secara aruhan.

System ICage

System ICage


KELEBIHAN SISTEM TANGKI iCageTM
Menternak keli bukannya susah jika menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan tangki iCageTM
Ini kerana menggunakan tangki ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Kawasan belakang rumah sudah memadai untuk menternak.
Selain itu, ia mudah diuruskan dari segi mengawal tahap ketinggian air, member makanan, menuai, melakukan pengasingan saiz ikan dan sebagainya.
Proses penternakan menggunakan tangki juga tidak memerlikan pekerja yang ramai, selain kos penyelenggaraan yang sederhana.
Seorang penternak keli tidak memerlukan banyak masa untuk mengurus.

 

Sokongan Industri Keli

March 17th, 2009

2 ikan keliSRI AMAN 17 Dis. - Penduduk tempatan di sekitar bahagian Sri Aman terutamanya di Lingga digalakkan untuk menceburi bidang penternakan ikan keli yang semakin mendapat permintaan di pasaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Simoi Peri berkata, penglibatan dalam bidang tersebut secara tidak langsung menggalakkan penduduk di kawasan ini terbabit dalam bidang keusahawanan yang memberi peluang kepada masing-masing untuk meningkatkan pendapatan.

Menurutnya, penglibatan penduduk khususnya kaum bumiputera dalam bidang penternakan ikan keli juga dilihat sebagai langkah awal dalam melibatkan diri dengan dunia perniagaan yang boleh dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

”Penduduk tidak perlu risau dengan pasaran ikan keli ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh membantu untuk memasarkan hasil-hasil ternak tersebut di seluruh negeri ini.

”Malah, projek penternakan ikan keli ini tidak melibatkan kos pengendalian yang tinggi, maka adalah bagi penduduk di kawasan luar bandar untuk menceburi bidang terbabit,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Keusahawanan dan Pengendalian Lepas Tuai Ikan Keli di sebuah restoran tempatan di bandar Sri Aman di sini semalam.

Simoi berkata, beliau yakin penduduk di kawasan Sri Aman mampu melangkah lebih jauh dalam bidang penternakan ikan keli memandangkan belum terdapat mana-mana pihak yang menceburi bidang terbabit secara serius di daerah berkenaan.

Katanya, para penduduk perlu sedar bahawa ikan keli mempunyai pasaran luas malah menjadi hidangan makanan kegemaran orang ramai di restoran-restoran di bandar utama di Sarawak.

Sehubungan itu tambahnya, beliau meminta pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ketua kaum di daerah ini mengenalpasti para penduduk yang berminat untuk menceburi penternakan ikan keli itu.

”Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Pertanian sekiranya berminat untuk memulakan bidang ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 42 peserta telah menamatkan kursus anjuran Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Bahagian Sri Aman dan FAMA.

 

Industri Keli

March 17th, 2009

2 ikan keli

MIRI: Bakal penternak ikan keli perlu terlebih dahulu mendalami ilmu-ilmu akuakultur untuk membolehkan mereka mengimport hasil ternakan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran.

Pengasas Persatuan Usahawan Usahanita Bumiputera Sarawak (PUBS) Dato Dr Abang Zaibidin berkata, ilmu penternakan yang diperolehi dari kursus-kursus amat berguna untuk menambah kemahiran dan pengalaman usahawan agar projek yang diusahakan mendatangkan keuntungan.

“Untuk mencebur bidang yang memberi hasil yang lumayan, kita perlu ilmu. Ilmu penting supaya apa yang diusaha menjadi kualiti. Oleh itu, kita perlu mempelajari ilmu akuakultur dengan berkursus,” jelasnya merasmikan perasmian cawangan PUBS yang keenam di Pustaka Miri petang kelmarin.

Sindrom ‘mabuk keli’ di Sarawak juga menyebabkan ramai usahawan tergila-gila untuk memelihara ikan tersebut dengan kuantiti yang banyak dan seterusnya menanggung kerugian kerana keku-rangan ilmu tentang pemeliharaan yang betul.

Selain itu, beliau juga menasihatkan bakal penternak untuk mendapatkan bekalan anak ikan atau benih dari sumber yang sah untuk mengelak daripada ditipu, menanggung kerugian dan seterusnya melemahkan semangat mereka.

Mereka boleh mendapatkan bekalan ikan keli dari PUBS Hatchery and Agrotech di Kampung Pusak, Betong yang dijamin mengeluarkan benih ikan keli hibrid (asli).

Mereka juga boleh menempah anak-anak ikan dari wakil-wakil PUBS yang dilantik, jelasnya.

“Kita telah mempunyai garis panduan baru iaitu kita hanya membenarkan setiap penternak menempah sebanyak 30, 000 anak ikan iaitu kepada mereka yang telah tamat kursus,” jelasnya.

PUBS katanya akan menganjurkan kursus ternakan ikan keli dan pemasaran pada 10 Januari 2009 di Pusak dan kursus terhad kepada 15 peserta dari setiap bahagian.

Katanya, pengusaha di Semenanjung Malaysia masih belum memenuhi permintaan yang meningkat ini sementara pengusaha di Sarawak pula masih berjinak-jinak menceburi industri ini.

“Bagaimanapun, kita masih belum terlambat. Ikan keli telah mendapat sambutan hangat. Telah diketahui ikan keli kaya dengan kandungan Omega 3 yang cukup tinggi untuk menjaga kesihatan jantung dan minda.

“Negara jiran kita minta sebanyak 500 tan ikan keli setiap minggu. Permintaan ini belum dapat dipenuhi oleh kita (Persatuan),” jelasnya.

Beliau memberitahu, khasiat ikan keli telah mendapat perhatian syarikat pengeluar dari luar seperti negara Jerman yang mahukan produk ikan keli dijadikan produk kesihatan dalam kapsul.

Mereka yang ingin berjinak-jinak memelihara ikan keli hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM50 sahaja untuk membeli kanvas lutsinar yang akan dijadikan kolam pemeliharaan ikan mereka.

“Kolam kanvas ini berkemampuan menampung sebanyak 4,000 anak ikan keli yang akan membesar selama 90 hari. Setiap ikan keli adalah seberat 250 gram dan kita boleh mendapat 1,000 kilo. Kita anggarkan harga jualan ialah RM5 sekilo dan kita boleh mendapat pendapatan berjumlah RM5,000 dalam 90 hari,” jelasnya.

Dari untung yang diperolehi, penternak boleh membeli tangki dijual dengan harga RM240 untuk membolehkan mereka memelihara sebanyak 1,500 ekor ikan keli.

Melihat kepada pemintaan yang semakin meningkat, harga pasaran ikan keli sekarang ialah antara RM8 hingga RM12 sekilo.

“Yang penting bagi se-orang usahawan ialah usaha. Bila kita lebih berusaha yang menunggu kita di belakang adalah kejayaan dan kegagalan tidak akan menghampiri kita kerana kita sentiasa berusaha.

“Kita hanya akan menempah kegagalan jika usaha kita hangat-hangat tahi ayam sahaja, tegasnya.

Beliau berterima kasih kepada agensi kewangan seperti Bank Rakyat yang menyuarakan hasrat membantu PUBS dengan memberi pinjaman secara berkelompok (kumpulan) tanpa cagaran.

Katanya, sebanyak 25 keluarga di Sungai Tengang, Sri Aman menerima pinjaman berjumlah RM750,000 daripada agensi kewangan di bawah Kementerian Usahawan dan Kemajuan Koperasi Malaysia bagi melaksanakan projek ternakan ikan keli di bahagian Sri Aman.

Pada 26 Disember lalu, seorang penternak dari Kuching mendapat bantuan berjumlah RM25,000, tambah-nya.

 

Lintah?

March 13th, 2009
lintah perubatan

lintah perubatan

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Lintah adalah hewan dari kelompok filum Annelida subkelas Hirudinea. Terdapat jenis lintah yang dapat hidup di daratan, air tawar, dan laut. Seperti halnya kerabatnya, Oligochaeta, mereka memiliki klitelum. Seperti cacing tanah, lintah juga merupakan hermaprodit. Lintah jenis Hirudo medicinalis yang berasal dari Eropa telah sejak lama dimanfaatkan untuk pengeluaran darah (plebotomi) secara medis.

Semua spesies lintah adalah karnivora. Beberapa merupakan predator, mendapat makanan dari berbagai jenis invertebrata seperti cacing, siput, larva serangga, dll

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.
Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

INFO BEKAM DARI
GOLDEN PHOENIX I LEECH

Definasi Bekam

Al-hijmu bererti pekerjaan membekam.
Al-hajjam bererti tukang bekam.
Al-Hijmu bererti mengisap atau menyedut.
Al- Hajjam sama dengan al-mashshash iaitu tukang menghisap atau tukang bekam.
Al- Mihjam atau al-mihjamah merupakan gelas yang digunakan untuk menampung darah yang dikeluarkan dari kulit pesakit, atau gelas untuk menghimpun darah hijamah.
Kesimpulan definisi hijamah menurut bahasa ialah ungkapan tentang menghisap darah dan mengeluarkannya dari permukaan kulit, yang kemudian ditampung di dalam gelas mihjamah, yang menyebabkan pemusatan dan penarikan darah di sana, lalu dilakukan penyayatan kulit dengan pisau bedah, guna untuk mengeluarkan darah

 

iCage - Re-circulating Aquaculture System (RAS) in Poly Tank

March 9th, 2009
Re-circulating Aquaculture System (RAS) in Poly Tank

Re-circulating Aquaculture System (RAS) in Poly Tank

iCageTM is the latest and most functional fish farming system developed by Rotocraft Technologies (M) Sdn Bhd to cater the need of the fast-growing aquaculture industry.  Manufactured entirely from Polyethylene (HDPE) iCageTM is a must for enterprising fish farmers, big and small.

The beauty of this iCageTM system is its simplicity – it’s simple to set up, simple to operate and it is simple to maintain.  Even a novice fish farmer can successfully harvest almost six hundred kilograms (600 kg) of fish from each iCageTM tank.

Each iCageTM tank can hold more than 3000 liters of water making a fish farming easier, lucrative and manageable.

Each tank measuring 7’ (diameter) x 3’ (height) is  carefully manufactured using the latest rotational molding technology.  These professionally high quality aquaculture components have made iCageTM the most unbeatable choice of Recirculating Aquaculture System (RAS) available in the market  With minor maintenance all components are guaranteed to last for more 5 years.

 

iCage - contoh2

March 9th, 2009
Pameran icage di PWTC
fendi raja keli

fendi raja keli

Contoh2 icage dan ladang2 yang menggunakan sistem ini.

contoh ladang icage

ladang icage1

suria dgn ladang icage

Suria dan icage

 

(c) 2008 Raja Keli.    •    Brought by Wordpress Themes.    •    Entries (RSS)    •    Comments (RSS)

WordPress Theme Design by Partnerstvo.ru, for Online Poker Casino & Hot Print.